FedEx Express
FedEx Express

FedEx Express

Asia PasifikKanadaEropah Tengah/SelatanEropah Tengah/BaratTimur TengahAmerika SyarikatPusat KebangsaanPusat SerantauFederal Express Corporation, menjalankan perniagaan sebagai FedEx Express, atau dahulu dikenali sebagai Federal Express, ialah sebuah syarikat penerbangan kargo yang beribu pejabat di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat.[8] Pada tahun 2017, syarikat ini merupakan syarikat penerbangan terbesar di dunia dari segi jumlah kargo yang diterbangkan dan syarikat penerbangan terbesar kesembilan di dunia dari segi jumlah armada.[9] Ia merupakan anak syarikat FedEx Corporation, menghantarkan paket dan kargo ke lebih dari 375 tujuan yang tersebar di enam benua setiap hari.[10]Ibu pejabatnya terletak di Memphis, dengan "SuperHub" globalnya terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Memphis.[11] Di Amerika Syarikat, FedEx Express memiliki pusat kebangsaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indianapolis. Sementara pusat serantau terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage, Lapangan Terbang Antarabangsa Oakland, Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, Lapangan Terbang Fort Worth Alliance, Lapangan Terbang Antarabangsa Piedmont Triad, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami. Manakala pusat serantau antarabangsanya terletak di Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson, Lapagan Terbang Cologne Bonn, dan Lapangan Terbang Liège.[12] Terdapat 12 pusat kargo udara dalam rangkaian antarabangsa milik syarikat ini.[13] Slogan syarikat ini ialah 'The World On Time'.

FedEx Express

AOC # FDEA140A[1]
Hab "SuperHub"

Pusat Kebangsaan

Pusat Serantau

Pesawat 388 (armada utama) 284 (armada kontrak)
IATAICAOPengenal
IATAICAOPengenal
FXFDXFEDEX
Destinasi s. 375
Bermula operasi 17 April 1973
Ibu pejabat Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat
Syarikat induk FedEx Corporation
Ditubuhkan 18 Jun 1971; 49 tahun yang lalu (1971-06-18) (sebagai Federal Express)
Orang penting Donald F. Colleran, Presiden dan CEO Pembahagian Ekspres

Rujukan

WikiPedia: FedEx Express http://www.airportspotting.com/worlds-largest-airl... http://www.cnet.com/news/at-fedex-sorting-packages... http://fedex.com/us/about/news/hubs.pdf?link=4 http://about.van.fedex.com/newsroom/fedex-express-... http://news.van.fedex.com/files/FedEx%20Express%20... http://news.van.fedex.com/files/FedEx%20in%20Memph... http://www.fedex.com/us/ http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20160330000... http://www.newswit.com/.gen/2014-07-03/444426a161d... http://www.aircargonews.net/news/airlines/express/...